top of page

PPKI TSNI HEBAT

ai-generated-retro-comic-book-pop-art-background-with-dots-cartoon-halftone-background-pho

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH (PASM)

Capture11_edited.jpg

Apa itu PASM ?

  • Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah adalah satu bentuk pentaksiran khas yang direka khusus untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan pendekatan yang lebih inklusif dan bersesuaian dengan keperluan serta kebolehan murid berkeperluan khas.

​

  • Murid ini biasanya ada keperluan khas seperti masalah pembelajaran, autisme, sindrom down, gangguan komunikasi, dan sebagainya. Mereka ini mungkin tidak dapat belajar seperti murid biasa dalam kelas biasa, jadi Kementerian Pendidikan buat satu sistem yang sesuai dengan kemampuan mereka

​

  • Sebagai contoh, Kalau murid biasa ambil ujian Matematik, murid PASM mungkin buat aktiviti kira duit masa beli barang di kantin. Ini lebih praktikal dan sesuai dengan kehidupan harian mereka.

​

  • PASM nilai murid dari pelbagai sudut, bukan akademik semata-mata. Contohnya:

       1. Kemahiran Asas Akademik

            – Mengenal huruf, nombor, membaca mudah, menulis nama sendiri

        2. Kemahiran Kefungsian
             – Boleh pakai baju sendiri, boleh urus wang ringgit, tahu cara jaga kebersihan diri

        3. Kemahiran Sosial dan Emosi
             – Boleh bergaul dengan kawan, tahu cara minta maaf, tahu kawal marah

        4. Kemahiran Vokasional / Pengurusan Kehidupan
            – Masak air, sapu sampah, lipat baju, tanam sayur

​

  • Murid akan dapat sijil SASM (Sijil Alternatif Sekolah Menengah) :

​​

Laporan PASM: yang menunjukkan apa kemahiran dan pencapaian murid. Laporan Ini boleh digunakan untuk sambung belajar ke Program Pendidikan Khas Vokasional, kolej komuniti khas, atau ke bidang pekerjaan yang sesuai.

​

​

© 2025 by ICTPPKITSNI. 

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page