PPKI TSNI HEBAT

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

Apa itu PPI ?
-
PPI ialah satu program yang memberi peluang kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) untuk belajar bersama-sama murid arus perdana dalam satu persekitaran pembelajaran yang sama. Ia dilaksanakan dengan mengambil kira kebolehan, keperluan dan potensi individu MBK supaya mereka dapat berkembang secara optimum dalam aspek akademik, sosial dan emosi.
​
-
PPI SEPENUH MASA merujuk kepada pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di mana murid berkeperluan khas (MBK) mengikuti kesemua mata pelajaran dan aktiviti pembelajaran di dalam kelas arus perdana, sepenuhnya tanpa mengikuti kelas pendidikan khas.
​
-
PPI SEPARA MASA merujuk kepada pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di mana murid berkeperluan khas (MBK) hanya mengikuti beberapa mata pelajaran atau aktiviti tertentu sahaja di dalam kelas arus perdana, manakala mata pelajaran lain diikuti di kelas pendidikan khas.
​
-
Aktiviti sosial luar bilik darjah seperti program bersama komuniti, gotong-royong, lawatan sambil belajar, dan projek kemasyarakatan dapat menyumbang secara tidak langsung kepada matlamat pendidikan inklusif. Melalui aktiviti seperti ini, murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) diberi peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat luar, membina keyakinan diri, serta mengembangkan kemahiran komunikasi dan sosial.
​
-
SMK Tun Syed Nasir Ismail mempunyai kedua-dua kategori murid PPI :-
PPI Sepenuh Masa - Murid Kefungsian Tinggi di arus perdana (Penilaian Akhir SPM)
PPI Separa Masa - Murid Kefungsian Sederhana & Kefungsian Rendah yang bertempat di PPKI (Penilaian Akhir PASM)
​​GARIS PANDUAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MBK EDISI 2018
(SUMBER : BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KPM)
​