PPKI TSNI HEBAT

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Apa itu RPI ?
-
RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.
​
-
RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, dengan pegawai pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
​
-
​Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) EDISI KEDUA TAHUN 2024
(SUMBER : BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KPM)